Saturday 5 December 2015

ETNIK SABAH: Senjata Masyarakat Sabah

06 DECEMBER 2015 / 24 SAFAR 1437H


Assalammualaikum w.b.t

Hai, admin kembali lagi dengan entri yang lebih menarik. Kali ini admin akan berkongsi sedikit info berkenaan senjata yang digunakan oleh masyarakat sabah. Ketika admin mencari maklumat berkenaan senjata masyarakat sabah ini, admin sedar iaitu tidak banyak maklumat berkenanan senjata disana. Tidak pasti sama ada tidak tercatat dari mana-mana buku atau artikal berkenaan senjata. Hal ini menarik minat admin untuk mencari serba sedikit maklumat berkenaan senjata disana. Berikut adalah jenis-jenis senjata dan ceritanya:-

1) Selasing

Parang atau juga dikenali sebagai "selasing" kononnya digunakan untuk memenggal kepala-kepala mangsa dan rambut mangsa akan diambil dan diikat pada hulu parang tersebut. Parang ini juga telah dikebumikan bersama tengkorak-tengkorak tersebut kerana menurut abang kepada nenek yang mewarisi rumah pusaka nenek moyang mereka, setelah memeluk agama Kristian, dia sering mendengar bunyi orang bertengkar dari arah loteng dan adakala dia juga diganggu dengan kalibat hitam yang muncul dan hilang sekelip mata. Beliau tidak tahan dengan gangguan sedemikian menyebabkan akhirnya dia mengebumikan tengkorak-tengkorak dan juga parang tersebut sebagaimana yang dinasihatkan oleh orang tua di kampung mereka.



2) Badung


Barung atau badung iaitu senjata tradisional masyarakat Suluk. Panjangnya umpama golok orang-orang Melayu iaitu bilahnya sepanjang lengan tangan dan hulunya cukup sepanjang tapak tangan. Berbeza dengan parang panjang, Parang panjang digunakan untuk menyerang manakala parang barung digunakan untuk menjadi perisai dan untuk melindung diri dari serangan musuh. orang2 yang membawa keris jenis ini kebiasaannya pahlawan, prajurit dan hulubalang pada zaman lampau. Setelah diteliti tentang barung didapati bahawa barung memiliki sifat kasih sayang dan pelindung sebab itu kaum- kaum yang berkait rapat dengan barung tidak bersifat seperti penyerang tapi lebih kepada pelindung.

3) Damak beracun dan sumpitan

Ini adalah damak beracun dan sumpitan yang digunakan oleh masyarakat Murut semasa penentangan Rundum pada tahun 1911. Bagaimanapun penentangan tersebut dipatahkan oleh British yang menggunakan senjata moden. Yelah kita pakai sumpit diorang pakai pistol . Selain itu, sumpitan juga digunakan untuk memburu binatang liar di hutan belantara pada masa dahulu untuk meneruskan hidup. Sumpit diperbuat daripada pelbagai bahan. Ini termasuklah nibong, buluh, gentian kaca dan sebagainya. Damaknya diperbuat daripada pelbagai bahan termasuk lah nibong, pokok aping(nama tempatan), gentian kaca dan sebagainya.

Ini sahaja info yang dapat admin kongsi kepada semua. Sebenarnya banyak lagi senjata-senjata di sabah. Tapi apa boleh buat admin kekurangan info berkenaan senjata ini. Pada pandangan admin pihak yang bertanggungjawab perlu mencari lagi informasi berkenaan senjata tradisional di sabah kerana ini adalah penting untuk memberi pendedahan kepada masayarakat yang akan datang tentang tradisi nenek moyang mereka. Itu saja dari admin untuk entri kali ini.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua..

Sekian, wassalam..

4 comments:

  1. senjata tradisional terbaik untuk orang sabah

    ReplyDelete
  2. Gayang,merupakan parang kaum dusun yang digunakan waktu perang..gayang ni semasa pembuatan banyak pantang larang dan ritual yg harus dipatuhi..diceritakan bahawa tukang besi (dusun:modsusupu)berkebolehan menempa gayang tanpa menggunakan tukul,cukup dengan memicit2 besi bara dengan tangan!ceritanya lah...tak pasti betul atau tidak tp selalunya tidak mustahil..tau la kan,tukang besi zaman dulu2 ni kebanyakan 'ada isi'...gayang ni pun perlu bawa bertapa untuk tujuan memasukkan semangat ke dalam parang gayang ni..supaya parang gayang ni 'hidup'...di daerah Ranau,Telipok dan Kokol-Moyog,parang gayang ni digunakan utk melawan jepun...ni atuk kepada kawan sy yg cerita,sekali libas peru tentra jepun tepancit kencing dan darahnya...tp kebanyakan dusun yg pernah bunuh orang sudah masuk agama dan taubat...atuk yg cerita ni pun sudah R.I.P..parang gayangnya yg 'hidup' tu pun sudah 'dimatikan'dengan memotong tip tajam parang nya..parang gayang simpan dalam stor saja,takut budak main nanti ada lagi masalah lain...ok la stakat ni jak cerita yang saya ada pasal senjata sini sabah..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..wah...tertarik saya dengan reka bentuk parang encik.. Boleh ke jika sy ingin tempah 1 parang..

    ReplyDelete
  4. Ni 1. Tu sepaturnya "gayang"senjata khas kaum dusun di sabah, bukan selasing, selasing tu parang nipis utk tebas rumput .. gambar nombor 1 tu pun gambar parang "mandau" senjata khas dayak kalimantan, indonesia , tuan.. harap tuan buat research dlu.. saya masih menyimpan Gayang nenek moyang saya sebagai pusaka..dan tidak pernah diolah, cuma dibersihkan sahaja untk mengekalkan nilai estetika dan tradisi. 0193885357

    ReplyDelete