Sunday 29 November 2015

ETNIK SABAH: Lagenda Gunung Kinabalu

30 NOVEMBER 2015 / 18 SAFAR 1437H


Assalammualaikum w.b.t

Entri kali ini admin hendak berkongsi sedikit info yang admin dapat perolehi. Entri kali ini agak menarik kerana ini berkenaan dengan lagenda Gunung Kinabalu. Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah mitos yang misteri. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak tertinggi iaitu:
Seperti mana-mana gunung tinggi diseluruh dunia, Gunung Kinabalu juga tidak terlepas dari cerita-cerita mistik dan lagenda yang unik. Kaum Kadazan dusun yang menetap disekitar wilayah Kundasang dan Ranau di Sabah telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk sekian lama, mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa, mereka juga mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya. – WIKIPEDIA

1. TAMBUAKAR

Apakah Tambuakar, mengikut penceritaan mulut kemulut peribumi Sabah ianya adalah seekor raksasa sungai yang besar serupa raksasa Loch Ness, berwarna hitam dan mempunyai leher yang panjang. Cerita mengenainya sudah lama tersebar terutama selepas pembukaan tapak-tapak baru akibat penjajahan Brunei ke atas pantai barat Sabah, yang mana ramai peribumi dan orang brunei mendiami persisir pantai dan sungai untuk 

bekalan air. Mengikut penceritaan dari mulut ke mulut, pelbagai bentuk di dakwa selain seperti Loch Ness yang mempunyai kaki serupa sirip dan ada mengatakan ia seperti seekor ular besar yang menyerupai naga. Tambuakar ni tidak diketahui asal-usulnya sebab semasa penempatan baru dibuka memang dan kecoh mengenai Tambuakar ni dari mulut-mulut penduduk pribumi disitu masa tu. Dari penceritaan dan pengalaman orang-orang tua, ada 2 bentuk digambarkan mengenai tambuakar ni

i. Bentuk raksasa Loch Ness
- berleher panjang berbadan besar dan mempunyai 4 kaki serupa sirip dan mempunyai ekor sepanjang kepalanya, tapi ada saksi pula mengatakan Tambuakar ni mempunyai 2 kepala dan dibelakangnya bukan lah ekor.

ii. Bentuk naga / ular
- ada saksi yang mengatakan ia seperti seekor ular tedung yang mendongakkan dan mendirikan kepalanya ditengah-tengah sungai, mereka mendakwa tidak pernah melihat badannya dah hanya melihat kepalanya yang besar dan sedikit kembang.

2. DATUK GUNTING LAGADAN

Datuk Gunting Lagadan adalah seorang berbangsa Dusun yang mendaki gunung Kinabalu pada 7 Mac 1851. Gunting Lagadan mendaki gunung tersebut bersama sama dengan Sir Hugh Low, seorang pegawai British dari Labuan. Pada pendakian tersebut, selama 3 minggu diperlukan untuk mencecah Kinabalu Park Headquters. Suatu pembentukan di permukaan Gunung Kinabalu selepas dilanda gempa baru-baru ini dikatakan menyerupai Datuk Gunting Lagadan yang merupakan lelaki pertama menakluki gunung berkenaan. Sebuah rumah persinggahan juga dinamakan sempena namanya sebagai penghormatan. Rumah itu terletak di Lata Raban. Imej yang terbentuk di permukaan gunung berkenaan dikatakan adalah Aki Nabalu y3.ang mana ia merupakan nama gunung itu dalam bahasa Dusun.

3. RAJA GERGASI YANG KUAT MAKAN

Ada juga kisah Kadazandusun yang menceritakan tentang Raja Gergasi yang bernama “Gayo Nakan” [kuat makan] tinggal di dasar gunung Kinabalu. Lama kelamaan rakyatnya rasa tertekan dan tidak lagi sanggup untuk membekalkan makan kepada raja mereka yang pelahap itu. Gayo Nakan mendengar rintihan mereka dan bersedia untuk berkorban demi kesejahteraan dan kesenangan mereka. Gayo Nakan pun menyuruh mereka untuk menanam dia di puncak gunung Kinabalu. Rakyat jelata yang tanpa berfikir panjang setuju dan beriya – iya untuk menanam Gayo Nakan. Mereka membawa peralatan – peralatan mereka dan berusaha dengan keras untuk membuat / korek lubang walhal usaha mereka sia-sia kerana batu dan permukaan gunung itu keras. Mereka sentiasa merungut dan hampir berputus asa. Sehinggalah Gayo Nakan melafazkan kata-kata sakti, maka tertanamlah dia sehingga paras bahu di puncak gunung Kinabalu. Raja Gergasi itu sempat berpesan kepada mereka, disebabkan oleh sikap mereka yang kurang sabar dan cepat merungut itu, mereka akan dilanda kemarau dan kebuluran. Gayo Nakan telah berjanji kepada mereka , bahawa dia akan menolong mereka di dalam peperangan. Setelah rasa bersalah dan menyesal, mereka telah melakukan upacara pengorbanan di kolam berdekatan puncak gunung.

4. JANDA KINABALU

Ada juga kisah yang selalu diceritakan oleh penduduk mengenai janda cina yang ditinggalkan. Pada suatu masa dahulu ada putera dari kerajaan china telah pergi mengembara menaiki kapal. Pada suatu hari datang ribut kencang serta ombak kuat yang telah menghentam kapal tersebut, lalu hanyutlah putera raja. Putera raja tersebut telah terdampar di tepi pesisiran pantai yang tidak tahu lokasinya dan putera raja tersebut telah diselamatkan oleh ketua kampung dan penduduk kampung. Ketua kampung mempunyai seorang anak dara yang cantik lagi menawan. Setelah beberapa bulan, Putera raja tersebut telah sembuh dan telah jatuh hati kepada anak ketua kampung. Mereka pun Berkahwin. Selepas itu, putera raja tersebut ingin pulang ke kerajaan china untuk menceritakan tentang keluarga barunya. Setelah kapal siap dibina maka belayarlah putera raja meninggalkan isterinya dengan janji akan pulang semula untuk menjemput keluarganya. Setiap hari isteri putera raja itu mendaki ke puncak gunung untuk menanti kepulangan suami yang dikasihi. Akan tetapi hari demi hari tidak juga bayang suaminya muncul tiba. Sehinggalah isteri putera raja tersebut mati di puncak gunung itu. Penjaga gunung sangat kesihankan isteri putera raja itu. Lalu dia menyumpahnya menjadi batu yang selalu menghadap laut china selatan kerana ketaatan dan kesetiaan menunggu kepulangan suaminya. Begitulah asal usul nama gunung kinabalu yang bermaksud ‘Kina’ atau cina dan balu adalah isteri yang ditinggalkan suami.




Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua..

Sekian, wassalam..

No comments:

Post a Comment