Monday 7 December 2015

ETNIK SABAH: Temubual Etnik Sabah

07 DECEMBER 2015 / 25 SAFAR 1437H

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdullilah, akhirnya selesai juga video temubual bersama etnik sabah. Setelah pelbagai halangan dan cabaran yang ditempuh ketika menyelesaikan video ini, tidak ada yang boleh mematahkan semangat untuk memeruskan misi video temubual ini baik dari segi dalaman mahupun luaran. Video ini dapat menjadi bukti dan sedikit informasi yang sahih berkenaan etnik sabah terutama suku kaum suluk. Temubual kali ini lebih berkisarkan tentang material yang ada dalam suku kaum suluk.

Jenis Material
Pakaian Tradisional
Alat Muzik
Senjata
Adat Perkahwinan
Makanan

Admin telah menemubual seorang jejaka yang berasal dari sabah dari keturunan suku kaum suluk. Video yang berdurasi 12 minit ini diharap dapat mengukuhkan lagi bukti berkenaan etnik sabah dari suku kaum suluk.



Rumusan video:-

Hasil dari video ini, admin dapati begitu banyak maklumat dan informasi yang saudara Azraie kongsikan untuk rujukan kita bersama. Apa yang admin dapat simpulkan dalam video ini adalah suku kaum suluk ialah salah satu penduduk asal sabah kerana sabah asalnya dahulu adalah milik filipina. Kebanyakan suku kaum suluk ini memetap di sandakan dan lahad datu. Asal nama sandakan adalah bermaksud tanah gadai dan lahad datu pula bermaksud persinggahan datuk. Suku kaum suluk mempunyai persamaan dari segi pakaian, senjata dan juga alat muzik yang lebih kurang sama dengan masyarakat melayu. Adat perkahwinan suku kaum suluk ini masih lagi diamalkan seperti Sukat Ungsud yang bermaksud adat meminta wang hantaran atau mas kawin bergantung pada status mereka dan yang paling istemewa adalah mahligai iaitu sebuah rumah kecil yang dihiasi dengan makanan tradisi yang kebiasaannya hanya wanita yang sudah khatam Al-quran sahaja yang boleh meminta hantaran sedemikian.

Admin rasa cukuplah untuk entri kali ini. Semoga video ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan kepada semua.


Sekian, wassalam..




No comments:

Post a Comment