Saturday 5 December 2015

ETNIK SABAH: Adat Perkahwinan Masyarakat Sabah

06 DECEMBER 2015 / 24 SAFAR 1437H


Assalammualaikum w.b.t

Kompang dipalu pengantin baru, duduk bersanding tersipu malu…lala..laa.. amboi bernyanyi-nyanyi pulak admin kali ini. Biasalah kena dengan topik entri kita iaitu adat perkahwinan masyarakat sabah. Sabah sememangnya terkenal dengan kepelbagaian kaum. Jadinya tidak disangkal lagi yang adat perkahwinan mereka juga berbeza-beza. Tiba-tiba admin rasa teruja pulak bila bercerita mengenai perkahwinan ini. Opss.. Baiklah setelah banyak sumber yang admin perolehi akhirnya admin membuat keputusan untuk berkongsi 3 kaum di sabah. Kenapa 3 ja admin? Sebabnya kalau admin cerita semua memang tidak akan habis sampai esok dan semakin panjanglah entri ini sudah macam buku cerita pulak. Ini adalah adat perkahwinan yang telah terpilih untuk admin kongsikan:-

1) Kadazandusun
Merisik
Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak akan mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang diutamakan adalah tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda peminangan daripada pihak lelaki. Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan terdiri daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak dibenarkan sama sekali. Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapa perempuan yang hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa perempuan itu sudah tidak ada.

Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan berada dalam proses risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan. Kalau perempuan itu dalam pertunangan, risikan ifu dihentikan serta-merta. Kalau perempuan itu didapati sedang dalam proses risikan daripada lelaki lain, risikan itu ditangguhkan buat sementara, sehingga keputusan muktamad diperoleh daripada risikan terdahulu itu.

Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang kemudian itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh diteruskan. Risikan ini dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan adakalanya memakan masa sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai berbulan-bulan. Ini disebabkan banyak perkara yang mesti diketahui dengan jelas oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga yang merisik anaknya. Antaranya ialah susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya.

Meminang

Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi. Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti membersihkan diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang boleh memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu. Pada malam tersebut mereka mesti berada datam keadaan 'bersih', iaitu tidak mabuk. Pada malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya sekali akan mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir serupa dan adakalanya benar-benar serupa.

Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan. Pertama, mimpi baik, ini bererti, risikan itu boleh diteruskan kepada proses peminangan. Kedua, mimpi buruk. Tetapi mimpi buruk itu dapat dibaiki atau diperbetulkan. lni bererti, proses pertunangan boleh diuruskan dengan syarat pihak lelaki harus membayar sugit kepanasan mimpi kepada orang yang bermimpi itu. Contoh mimpi yang dimaksudkan ialah seperti bermimpi tentang barang-barang yang pecah seperti periuk atau pinggan-mangkuk. Kemudiannya barang-barang yang pecah itu dibaiki oleh pihak lelaki. Ketiga, mimpi buruk. Contoh mimpi buruk ialah bermimpi akan periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk, tempayan atau apa sahaja barang kegunaan hanian yang telah pecah. Ini bererti proses risikan itu berhenti setakat itu sahaja dan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan. Hari berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga terdekatnya bermesyuarat untuk membincangkan mimpi mereka. Jenis dan sifat mimpi diterangkan sejelas-jelasnya. Di dalam mesyuarat itulah mereka menganalisa baik dan buruknya mimpi itu.

Bertunang

Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di depan pengadilan adat. Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat danipada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari penrkahwinan.

Alat untuk adat istiadat pula dinamakan tinokol iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti.

Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan. Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak.

Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari. Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan. Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu.

Majlis Perkahwinan

Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari perkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula dinamakan 'tinokol' iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan.

Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti. Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan.

Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak. Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari.

Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan. Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu.

Majlis perkahwinan orang Kadazan memakan masa selama tiga hari. Perkara yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang ber-pakaian tradisional berwarna hitam.

Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur ayam. Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu dimakan. Upacara miohon pinisi merupakan nazar perkahwinan menurut cara tradisional. Setelah upacara ini dilakukan, makanan dan minuman pun dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gong dibunyikan semula, diikuti dengan pertunjukan tarian sumazau.

2) Bugis

Masyarakat melayu yang beragama islam akan mengadakan adat merisik dan meminang. Bagi adat bugis tiada adat pertunangan. Bagi mereka yang paling penting ialah hari pernikahan. Ibu bapa beranggapan bahawa pertunagan boleh menimbulkan fitnah dan syak di kalangan masyarakat. Hal ini timbul kerana tempoh pertunangan yang lama memungkinkan fitnah dan syak wasangka. Walau begitu terdapat majlis yang menyerupai adat bertunang tetapi masyarakat bugis tidak menganggapnya adat bertunang. Majlis ini digelar “Mapendrek doik” yang membawa maksuk naik duit (wang hantaran).

Mapendrek doik atau naik duit (wang hantaran) dalam majlis ini, pihak lelaki akan membawa wang hantaran yang telah ditetapkan semasa meminang. Sebilangan besar di keluarga pihak perempuan akan menerima kesemua wang hantaran dan selebihnya hanya menerima  sebahagian sahaja. Oleh yang demikian, semasa dulang hantaran diberikan ketka majlis pernikahan, dulang wang hantaran sekadar simbolik sahaja kerana wang hantaran telah pun diserahkan kepda pihak perempuan untuk menampung kos perbelanjaan majlis persandingan.

UNDANGAN PERKAHWINAN

Sudah menjadi kebiasaan kaum bugis mengundang orang ramai menggunakan khidmat dua orang wanita untuk “mappiseng” atau erti kata lain memanggil. Mappiseng adalah cara yang menjad kebiasaan kaum bugis, dengan membawa dulang yang berisi rokok atau gula-gula dibalut dengan kain. Walau bagaimanapun, alternatif lain seperti jemputan dengan mengagihkan kad jemputan, Mappiseng masih diamalkan sehingga hari ini.

MALAM MAPPACI :

Malam mappaci atau lebih dikenali sebagai malam berinai.Dilakukan pada malam sebelum hari nikah keesokkan hari nya.Hanya dilakukan di rumah pengantin perempuan dan malam mappaci adalah malam untuk pengantin perempuan sahaja.


MAJLIS PERSANDINGAN

Majlis persandingan sepertinya sudah menjadi kemestian bagi suku kaum bugis.Majlis Tidak dibiarkan hambar kerana kemeriahan penting bagi suku kaum ini. Pihak pengantin lelaki juga akan menyarungkan cincin sebagai tanda ikatan sebelum tiba majlis pernikahan yang berlangsung selepas tiga hingga tujuh hari setelah majlis naik duit. Selepas majlis ini, kemeriahan di rumah kedua-dua mempelai akan berterusan dan ramai keluarga dari jauh yang akan datang terutama dari Sulawesi.Kedatangan kaum kerabat mereka akan meriuhkan suasana perkahwinan tersebut.  Perkahwinan/persandingan selalunya akan diadakn di luar rumah. Sarapo atau khemah kahwin adalah tempat dimana persandingan ini akan diadakan. Sarapo diperbuat dari bambu yang didirikan menjadi sebuah khemah yang besar. Proses membina sarapo ini selalu nya akan dibuat seminggu sebelum majlis. Dan akan diusahakn oleh ahli keluarga, saudara mara, kawan-kawan dan jiran tetangga. Semangat kekitaan sangat dititikberatkann dalam kaum bugis. Segala kerja dilakukan bersama-sama. Di bahagian dapur juga begitu,segala aktiviti masak memasak akan dilaksanakan sesama mereka sangat-sangat bekerjasama. 

3) Bajau

Dalam melakukan majlis perkahwinan, masyarakat Bajau berpegang kepada pantang larang kaumnya. Penetapan hari perkahwinan perlulah dielakkan daripada hari Rabu dan Ahad. Ini kerana kedua-dua hari ini dianggap kurang bak untuk upacara tersebut. Jika ada yang melanggar pantang ini, pengantin akan jatuh sakit dan tidak akan mendapat rezeki yang baik. Pada kebiasaannya, mereka akan memilih hari ke-14 atau 15 mengikut kalendar Islam, kerana dipercayai ketika itu cahaya bulan terang dan rezeki pengantin baru itu akan menjadi murah.

Bagi kaum Bajau mereka lebih mempercayai perkahwinan yang bersifat monogami daripada poligami. Dalam perkahwinan Bajau, kebanyakan perkahwinan berlaku antara kaum kerabat (saudara-mara) mereka sendiri. Hal ini kerana mereka amat percaya bahawa perkahwinan sesama kaum kerabat sendiri lebih menjamin perkembangan zuriat mereka.
Perkahwinan Bajau tidak pernah melarang perkahwinan dengan orang luar dari kerabat mereka, namun mereka lebih cenderung untuk berkahwin dengan kaum kerabat (yang jauh) sendiri. Pun begitu, mereka tidak boleh mengahwini mereka yang mempunyai ikatan akrab atau muhrim. Jika perkahwinan berlaku dengan muhrim sendiri, maka perkahwinan itu dianggap sumbang dan panas serta akan mendatangkan sial.

Masyarakat Bajau amat teliti dengan perlaksanaan sesuatu majlis perkahwinan. Mereka percaya bahawa perkahwinan tidak boleh dilakukan dengan sambil lewa, sebaliknya dilaksanakan dengan tuntutan adat dan agama. Suatu ketika dahulu, majlis perkahwinan Bajau berlangsung selama satu hari, satu malam.  Sebaliknya pada ketika ini, majlis berlangsung selama 2 hari 1 malam.

Pada hari pertama, majlis disambut meriah pada waktu petang dan malam. Sambutan ini disambut secara maglami-lami (beramai-ramai). Dalam majlis ini, kaum kerabat dan tetamu akan berkumpul untuk menjamu selera (bagi memperingati nenek moyang mereka yang telah meninggal dunia) dan menyaksikan beberapa jenis hiburan yang disediakan oleh pihak pengantin perempuan. Dalam jamuan memperingati nenek moyang, mereka akan berzikir bersama tetamu yang lain dan biasanya nasi kunyit bersama lauknya dan kuih panyam disediakan.

Pada hari kedua pula, upacara dimulakan dengan pukulan titik diallau, iaitu pukulan tagungguk khas. Biasanya pukulan itu dibuat pada pukul 5 pagi (sebelum subuh), bagi mengingatkan penduduk setempat, akan majlis perkahwinan mereka. Setelah bersarapan lebih kurang pada pukul 8 pagi, kedua-dua pengantin akan dimandikan oleh ahli-ahli agama di rumah masing-masing diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci sebagai doa selamat bagi mereka. Setelah dimandikan pengantin lelaki akan diarak dengan menaiki kuda ke rumah pengantin perempuan atau ke masjid untuk majlis akad nikah. Setelah itu pengantin lelaki akan didukung oleh dua orang lelaki masuk ke dalam rumah pengantin perempuan atau masjid, di mana akan berlangsungnya majlis akad nikah. Proses akad nikah yang dilakukan oleh kaum Bajau adalah sama seperti adat perkahwinan Melayu, iaitu sebelum dinikahkan imam akan membacakan khutbah nikah.

Setelah selesai upacara pernikahan, pengantin lelaki akan diberikan sehelai kain selendang dan dipimpin oleh pengapitnya ke pelamin. Dalam tempoh itu, pengantin lelaki diiringi oleh pukulan tagungguk dan nyanyian jam-jam. Apabila rombongan pihak lelaki semakin hampir, pihak perempuan akan menurunkan tirai di hadapan pelamin untuk melindungi pengantin perempuan daripada penglihatan pengantin lelaki.

Beberapa syarat dikenakan kepada pengantin lelaki jika ingin melihat pengantin perempuan di sebalik tirai itu. Jika pihak pengantin perempuan menutup pintu, maka pihak pengantin lelaki perlulah membayar wang tebus pintu atau dipanggil kaukaban lawang. Biasanya pengantin perempuan akan duduk dipelamin dan menunggu suaminya di sebalik tiga lapis tirai. Tirai itu perlulah dibuka selapis demi selapis dan setiap tirai hanya akan dibuka sebaik sahaja pengantin lelaki membayar wang tebus sebanyak mana yang difikirkan patut.

Setelah tirai yang terakhir dibuka, pengantin lelaki perlulah memutarkan kain selendang yang diberikan kepadanya selepas majlis akad nikah tadi, sebanyak tiga pusingan di atas kepala pengantin perempuan. Kemudian, pengantin lelaki tadi perlulah menyentuh dahi pengantin perempuan dengan ibu jari tangan kanannya. Proses ini dikenali sebagai tutukan yang sama seperti proses membatalkan air sembahyang dalam perkahwinan Melayu.

Selepas majlis persandingan, pengantin lelaki akan terus tinggal di rumah pengantin perempuan selama tiga malam. Dalam tempoh itu, ahli-ahli agama akan bergilir-gilir memberikan nasihat tentang rukun berumahtangga, persefahaman suami isteri dan lain-lain nasihat yang dirasakan perlu. Setelah tiga malam ibu bapa pengantin lelaki akan datang dan meminta izin dari besannya untuk menjemput pasangan pengantin baru itu berpindah ke rumah mereka. Perpindahan itu dikenali sebagai tingkuang. Pasangan pengantin baru itu kemudiannya boleh terus tinggal di rumah pengantin lelaki buat selama-lamanya, jika mereka mahu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua..

Sekian, wassalam..

No comments:

Post a Comment