Sunday 6 December 2015

Video Temuduga Bersama Orang Sabah

07 DECEMBER 2015 / 25 SAFAR 1437H

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, kami sebagai suatu ahli kumpulan subjek CTU555; Malaysian History bagi blog "Cintailah Rasulullah" telahpun berjaya menyiapkan tugasan video "Temuduga Bersama Orang Sabah" yang telah diberikan oleh Sazah kami.

Sesi temuduga telah dilancakan bersama seorang kawan yang merupakan salah satu pelajar Uitm, Puncak Alam, Sabah. Video ini mengumpul maklumat untuk rujukan blog kami, dari material dan non-material.

Non-material:  
Keagamaan
Kekeluargaan
Nilai pendidikan
Perkauman
Kepimpinan

~***~ 

Material: 
Pakaian Tradisional
Alat kebesaran
Peralatan muzik


Tempoh video ini adalah dalam linkungan 16 minit. 

Silalah menonton video kami..





Rumusan Online Video CTU

SPOILERS ALERT!!!

Berikutnya adalah rumusan video sesi temuduga di atas. Ianya lebih dialu-alukan untuk menonton video tersebut sebelum membaca rumusan dibawah:-

Ahli yang ditemu duga merupakan seorang Etnik Sabah yang berusia 25 tahun dan dilahirkan di daerah Ranau, Sabah. Pada asalnya, ibunya merupakan seorang yang beragama Kristian sebelum berkahwin dan akhirnya menganut agama Islam manakala Ayahnya memang merupakan seorang yang beragama Islam. Justeru itu, Mawar dilahirkan sebagai seorang yang beragama Islam.

Alhamdulillah baginya..

Antara nilai murni yang dipegang olehnya adalah, nilai sikap tolong menolong, berdikari, bertanggungjawab, baik hati dan sebagainya. Mawar juga, menyatakan bahawa nilai-nilai murni yang dipegang oleh orang etnik Sabah adalah seperti orang semenanjung.

Selain itu, Mawar juga membahaskan bahawa orang etnik Sabah juga kebanyakannya Beragama Islam dan Kristian dengan beza bilangan yang menganut agama Islam adalah lebih sedikit daripada bilangan yang menganut agama Kristian. Dia juga menyatakan, bahawa terdapat juga sebilangan orang yang menganut agama Hindu dan juga Animisme. Manakala, terdapat juga peratus orang yang memegang kepercayaan “Pegan” atau “Pagan”, yang merupakan antara orang yang tidak mempercayai kewujudan tuhan.

Dari segi aspek pendidikan, Mawar berpendapat bahawa pandangan orang etnik Sabah kini adalah sama seperti mana-mana pandangan daripada orang Semenanjung, iaitu pendidikan merupakan suatu keperluan yang mutlak untuk kemajuan bersama secara berintegrasi. Manakala, zaman dahulu sememangnya berbeza dengan pandagan waktu sekarang dimana kemiskinan menghalang daripada meneruskan pelajaran tinggi seperti sekolah menengah dan Universiti. Seterusnya, mementingkan kekeluargaan dan perkahwinan awal.

Aspek kekuasaan dalam aspek kekeluargaan, juga sama dengan keturunan lain iaitu, “Ayah” memegang jawatan yang paling tinggi dalam sebuah keluarga dan amat dihormati sama sekali bersama “Ibu” mereka. Manakala, dari aspek kekuasaan Politik di Sabah, beliau berpendapat bahawa Barisan Nasional (BN) memegang kuasa yang lebih luas daripada parti politik lain. Biarpun, negeri Sabah juga mempunyai parti politiknya yang tersendiri iaitu parti STAR (Parti Reformasi Negeri/ State Reform Party).

Seterusnya, aspek pemakaian dan alat kebesaran orang etnik Sabah juga dipersoalkan kepada ahli yang ditemu duga. Mawar berkata, dia adalah keturunan Etnik Dusun dan baju tradisional yang digunakan ketika Hari kaamatan juga merupakan baju untuk meraikan perkahwinan mereka selain daripada baju yang digunakan oleh perkahwinan orang barat.

Manakala, terdapat juga peralatan muzik yang dikenalinya seperti Gong, Sompoton dan Tongkunggan atau Tongunggak yang digunakan dan oleh nenek moyangnya. Antara peralatan yang disebutnya, Mawar menceritakan bahawa peralatan muzik Tongkunggan adalah mirip seperti penggunaan Gitar namun bentuknya adalah berpetak kerana diperbuat oleh kayu buluh.

Sejurus itu, persoalan adakah peralatan kebesaran itu diturunkan oleh nenek moyang ke generasi baharu adalah kurang jelas baginya kerana zaman telah banyak berubah meskipun terdapat pelbagai peralatan kebesaran etnik Sabah dipamerkan di Muzium Sabah atas sumbangan daripada pelbagai keluarga yang berpengaruh di Sabah.

Sebelum sesi temu duga berakhir, Mawar berkata Insya Allah pada masa hadapan dia akan membuat lawatan ke Muzium Sabah seperti mana dia telah kunjungi ketika beliau berusia 12 tahun (Darjah 6).
Sekian, itu sahaja rumusan Video yang dapat dikongsi bersama.


Semoga perkongsian video temuduga 16 minit dan rumusan kami ini memberikan manfaat kepada semua..

Sekian, wassalam..

No comments:

Post a Comment