Friday 25 September 2015

Minggu Ke-2: Pengenalan Kehidupan Manusia Dan 5 Alam Yang Pasti

14 SEPTEMBER 2015 / 23 ZULKAEDAH 1436H

Assalamualaikum w.b.t.

Entri kali ini, admin ingin berkongsi tentang kandungan pembelajaran kami pada minggu ke-2 berkenaan dengan pengenalan kehidupan manusia dan 5 alam yang pasti untuk manusia..

Secara fitrahnya, manusia itu adalah makhluk yang bermasyarakat, ramai, berbilang kaum dan bangsa, dan mempunyai kecenderungan serta minat yang tersendiri.. Tambahan lagi, unit asas dalam kehidupan manusia adalah keluarga.. Ini kerana keluarga merupakan individu yang paling rapat dengan seseorang manusia itu, selain daripada mereka juga yang akan membentuk ahli keluarga mereka dan mencorakkan kehidupan mereka di awal usia.. Manakala, unit asas bagi seseorang individu itu adalah  'Ruh'..


DARI MANA DATANGNYA MANUSIA?

Apabila berbicara tentang manusia, hakikatnya manusia pernah mengalami suatu masa yang tidak dapat disebut oleh manusia kerana sebelum kejadian 'Ruh', kewujudan manusia itu tidak dapat disebut kerana ia masih belum wujud.. Walau bagaimanapun manusia itu tidak mungkin terpisah dengan Tuhan nya, sekalipun seseorang individu itu tidak percaya dan menolak Tuhan dalam kehidupannya.. Kewujudan manusia pula sangat bergantung dengan kewujudan Allah, sedangkan kewujudan Allah tidak bergantung dengan apa pun kerana kewujudan Allah adalah wujud yang "Hakiki dan Mutlak".. Manusia kekal mati, dan hanya Allah yang kekal wujud..

Oleh itu, penting untuk setiap manusia itu tahu di alam manakah sedang kita berada sekarang.. Kita sekarang berada di alam dunia, 2 alam selepasnya dan 2 alam sebelumnya seperti huraian di bawah ini..

5 ALAM YANG PASTI

1. ALAM ROH
    Perjanjian asali roh dengan Allah sebagai Pencipta


2. ALAM RAHIM

    Proses persiapan unsur jasmani manusia agar dapat ditempatkan roh


3. ALAM DUNIA

    Manusia diuji sebagai hamba, khalifah di muka bumi, diberikan bekalan dan musuh


4. ALAM KUBUR

    Alam perantaraan di antara dunia dan akhirat



5. ALAM AKHIRAT

    Penyempurnaan keadilan dan kasih sayang Allah


Selain daripada pengenalan kehidupan manusia dan 5 alam yang pasti yang dinyatakan di atas, pada minggu ke-2 ini juga kami berkesempatan untuk mempelajari beberapa potongan ayat berserta terjemahan daripada "Surah Al - Insaan" dan "Surah Al A'raaf" bersama SaZah pada minggu ini..


SURAH AL - INSAAN : Ayat 1 - 3


Diperolehi dari http://www.surah.my/76
Apabila kami meneliti dan memahami ketiga-tiga ayat pertama daripada Surah Al - Insaan ini, ia menerangkan tentang kepentingan untuk manusia mengetahui betapa serius dan halusnya urusan penciptaan insan di dunia ini dan manusia perlu menyedari bahawa mereka diciptakan kerana sesuatu matlamat yang tertentu, iaitu untuk beribadah kepada Allah dalam segenap kehidupan.. Malahan, manusia juga sememangnya terikat kepada suatu paksi atau syariat yang tetap.. Allah membekalkan kepada manusia ilmu pengetahuan, maka dari itu mereka bertanggungjawab terhadap segala tindak-tanduk mereka di dunia..

Surah Al - Insaan menyedarkan kami bahawasanya manusia diwujudkan di atas muka bumi ini untuk menempuh segala ujian yang diberikan oleh Allah.. Oleh itu, selama mana seseorang manusia itu berada dan hidup di muka bumi ini bererti dia berada dalam tempoh ujian itu, dan bukannya tempoh untuk bersuka ria, bermain-main, lalai serta cuai..

Secara konklusinya ketiga-tiga ayat ini ingin menyatakan bahawa manusia itu mendapat bekalan dari penelitian yang halus dan mendalam.. Di belakang manusia itu adanya tanggungjawab yang berat untuk dipikul.. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk manusia itu merasa serius, insaf dan tenang dalam menjalani kehidupan mereka di dunia setelah dia menyedari terdapat balasan di sebalik setiap ujian yang ditempuhi di dunia ini, sama ada balasan kebaikan (Syurga) atau balasan buruk (Neraka)..


SURAH AL A'RAAF: Ayat 172- 173


Diperolehi dari http://www.surah.my/7


Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua..

Sekian, wassalam..

No comments:

Post a Comment