04 OKTOBER 2015 / 20 ZULHIJJAH 1436H
13 Mei 1969 |
Assalamualaikum w.b.t.
Entri kali ini
admin akan membincangkan tentang topik yang sedang hangat di negara kita.. Umum
mengetahui Malaysia mempunyai pelbagai kaum terdiri dari 3 kaum utama iaitu
Melayu, Cina dan India.. Selama 51 tahun kemerdekaan, kita mengecapi kemesraan
dan kebahagiaan hidup berintegrasi kaum.. Namun, dalam kita berusaha mengekalkan
keamanan itu, ada sahaja anasir yang saja menimbulkan perbalahan..
Antara peristiwa
bersejarah yang patut diambil iktibar ialah peristiwa 13 Mei.. Kepada yang
tertanya, Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan
kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.. Tragedi ini yang mengakibatkan
kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan
"Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah
negara Malaysia..
Kronologi Peristiwa 13 Mei 1969 |
Walaupun admin
sendiri belum dilahirkan pada tahun itu, tetapi boleh dibayangkan betapa huru
haranya keadaan bila manusia sanggup mencederakan satu sama lain sehingga
berbunuhan.. Maka dengan itu, sebagai generasi baru kita hendaklah berfikiran
waras dan ke hadapan seiring dengan wawasan 2020 yang bakal kita hadapi 5 tahun
lagi..
Tidakkah kasihan melihat bangsa kita yang
bersikap tidak profesional dan rasis dengan kaum lain walaupun hidup berjiran?
Apakah kesannya kepada diri kita, anak kita, keluarga dan rakan kita jika kita
terus mengamalkan sikap anti perpaduan? Sama-sama kita renungkan dan ambil ikhtibar daripada apa yang berlaku..
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua..
Sekian, wassalam..
Sekian, wassalam..
No comments:
Post a Comment