03 OKTOBER 2015 / 19 ZULHIJJAH 1436H
Assalamualaikum w.b.t.
Sebagai pengenalan kepada salah satu kerja khusus kami, hari ini admin ingin berkongsi kepada tentang negeri Sabah yang mempunyai keunikan nya tersendiri.
Peta Negeri Sabah |
Sabah yang juga dikenali sebagai negeri 'Di Bawah Bayu' terletak berhampiran dengan Wilayah Persekutuan Labuan, yang mana ianya terdiri daripada
beberapa kaum dan kebudayaan masing-masing.
Kaum yang mempunyai majoriti
yang paling tinggi di Sabah adalah kaum bernama “Kadazan
dan Dusun”. Kedua-dua kaum ini telah merangkumi anggaran 30% daripada jumlah penuh penduduk-penduduk di Sabah. Penduduk Kadazan Dusun
menggunakan pelbagai bahasa dan dialek, serta mempunyai pelbagai budaya dan adat
resam tradisional mereka tersendiri yang merangkumi 27 kaum di dalamnya. Antara 27 kaum yang terangkum dalam penduduk Kadazandusun adalah Dusun
Liwan, Lotud, Rungus, Tambanao, Kimaragang dan sebagainya. Kedua-dua kaum ini
digabungkan dengan memiliki persamaan bahasa beserta budaya yang hampir mirip
antara satu dengan yang lain.
Kebanyakan kaum Kadazan tinggal di kawasan yang subur
untuk penanaman padi seperti Kudat, Kota Belud dan Penampang, manakala kaum
Dusun lebih memilih untuk menetap di kawasan pergunungan dan pedalaman Sabah. Sebagai contoh adalah Tuaran, Tambunan dan Ranau.
Berikutnya adalah senarai penuh Etnik Kaum Asli yang terdapat di Sabah:
- Bajau
- Kadazan Dusun
- Melayu Brunei
- Murut
- Orang Sungei
- Iranun
- Bonggi
- Kwijau
- Paitan
- Lun Bawang
- Lundayeh
- Kedayan
- Suduk
- Iban (Iban Merotai)
- Binadan
- Bisaya
- Kokos
- Rumanau
- Lotud
- Minokok
- Tidung
- Rungus
- Kagayan
- Tatana
- Tagaas
- Ubian
- Kimaragang
- Bajan Laut
- Ida'an
- Inokang
Kesemua 30 kumpulan kaum di atas berkomunikasi menggunakan 30 bahasa yang tidak kurang dari 90 dialek unik. Selain daripada dialek yang unik dalam berkomunikasi, setiap satu kaum yang dinyatakan di atas juga mempunyai ciri-ciri mereka yang tersendiri dan menjadikan mereka berbeza antara satu dengan yang lain. Tambahan lagi, kesemua kaum ini mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dari segi budaya, keagamaan, kebudayaan, adat resam, pakaian, perayaan dan peralatan, dan ia turut dipraktikan oleh generasi secara turun-temurun.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.. In shaa Allah..
Sekian, wassalam..
No comments:
Post a Comment